Monday, May 11, 2009

Perlawanan Bola Sepak Antara ASTECH VS SYED AL_BUKHARY (10.03.2009)

Perlawanan bola sepak ini telah diadakan di padang ASTECH. Keputusan perlawanan adalah 1-1.





Wednesday, May 6, 2009

Hari Sukaneka Asrama (9.3.2009)

Hari sukaneka diadakan bagi mengisi masa lapang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan juga warden-warden.Aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru pelatih yang kami sayangi.






Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah (8.3.2009)

Watikah perlantikan pengawas sekolah sesi 2009. Warid Wazien dilantik menjadi ketua pengawas sekaligus menjadi ketua pelajar. Aktiviti dijalankan semasa perhimpunan pagi.






Aktiviti Tusyen Tingkatan 5 Di Asrama

Aktiviti tusyen di asrama telah dijalankan awal sedikit berbanding tahun lepas. Sebanyak 4 subjek yang diajar iaitu Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia. Yuran untuk semua subjek selama 5 bulan sebanyak RM100 sahaja. Guru-guru yang datang untuk mengajar adalah guru-guru yang pakar dalam subjek masing-masing.







Majlis Sukan-sukan Daerah Kota Setar (4-7.3.2009)

Majlis sukan-sukan Daerah Kota Setar telah disertai oleh semua sekolah di Daerah Kota Setar. Semua peserta dari pelbagai buah sekolah telah menyertai pelbagai acara bagi menjayakan majlis ini. Peserta yang berjaya mendapat tepat pertama akan mewakili daerah untuk Majlis Sukan-sukan Negeri Kedah. Sekolah kita telah menghantar beberapa orang atlit yang telah berjaya dalam kejohanan sukan peringkat sekolah yang telah diadakan beberapa hari yang lalu.





Tuesday, May 5, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Panggilan ke-2 (2.3.2009)

Pendaftaran tingkatan 4 panggilan kedua telah diadakan bagi menambah bilangan pelajar di ASTECH. Bagi pelajar tingkatan 4 panggilan kedua, mereka agak kelewatan untuk mengikuti program minggu suai mesra.







Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Panggilan Pertama (23.2.2009)

Kemasukan pelajar tingkatan 4 bagi sesi 2009 agak kelewatan sedikit. Pelajar tingkatan 4 tahun ini lebih ramai berbanding pelajar tingkatan 4 tahun lepas. Ini disebabkan oleh sekolah teknik sudah menjadi sedikit bilangannya kerana ada sekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional dan kemahiran telah bertukar menjadi sekolah vokasional dan bukannya menjadi sekolah teknik lagi.